Salam Maulidur Rasul

Sempena mengingati kelahiran junjungan besar Nabi kita dan Rasul akhir zaman, Muhammad S.A.W, ingin saya kongsikan buat tatapan rakan-rakan sekalian sebuah sajak yang bagi saya begitu puitis sekali… Semoga kita sama-sama dapat menghayatinya dan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Baginda.

Puisi: Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Wahai Habibullah
Cinta ku
Kekasih ku
Kerinduan ku

Ya Nabi salam alaika
Ya Habib salam alaika
Kau lelaki istimewa
Kau lelaki hebat
Duhai kekasih Allah

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Wahai junjungan ku
Kata-kata akhir mu
Umati, Umati, Umati
Buat aku menangis dan terus menangis
Apakah aku mampu menjadi
Umat mu yang kau inginkan

Ya Nabi salam alaika
Ya Habib salam alaika
Rindu aku kepada mu
Terlalu rindu
Sehingga ingin aku bertemu mu didalam tidur ku
Wahai junjungan ku

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Wahai Habibullah
Syafaat mu sangat ku dambakan
Tanpa syafaat mu, apalah aku

Ya Habib salam alaika
Solawatullah alaika

Finally its 2012!!

Assalamualaikum…

Sebelum berbicara lanjut, walaupun sudah agak terlewat, namun saya masih tetap nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, semoga setiap impian dan cita-cita anda semua akan tercapai. Bagaimana dengan azam tahun lalu?.. Jika ada yang berjaya dicapai, tahniah!.. tapi, jika masih belum tercapai, berusaha keras lagi ye =)

Sedar tak sedar, tahun 2011 telah berlalu pergi dengan segala memori manis, pahit,duka dan gembira. Namun, sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini, kita tetap kena teruskan dan kuatkan semangat walaupun pernah lelah di suatu masa dahulu. Bagi saya, cabaran-cabaran inilah yang akan mematangkan kita dan seterusnya membantu kita untuk membina masa depan yang cemerlang, juga sebagai bekalan dalam kita mengejar impian dan cita-cita.

Berlalunya tahun 2011 membawa makna yang cukup besar buat diri saya. Setelah agak kecewa pada tahun lalu dengan beberapa peristiwa dan memori, tahun ini cukup memberi erti yang cukup besar. Dengan anugerah Illahi selaku Presiden SMF FSPPP 2011/2012, mama dan abah yang sentiasa menyokong dalam setiap perkara yang dilakukan juga tak lupa kawan-kawan yang tak pernah cuai dalam memberi semangat, dorongan dan kekuatan, semuanya itu membuatkan saya cukup terharu. Terharu dengan kurniaan dan anugerah yang diberikan. Dalam segi perhubungan yang lebih ‘serius’, Alhamdulillah, cahaya yang ku cari dahulu di hujung terowong akhirnya dijumpai. Dijumpai bukan artinya mula berkasih sayang, tapi dianugerahkan dengan seorang teman tapi mesra (TTM) dan pada masa yang sama seorang adik angkat yang cukup manja!.. hehe =P (ramai kawan2 yang cakap saya dah mula jadi kasanova, tp for me, x salah berkawan lebih dari satu kan?)…

Saya rasa cukup sampai di sini dulu. Sampai jumpa lagi!

antara tanggungjawab dan akademik..

Pernah aku bermonolog sebelum ini, meyakinkan hati dan perasaan tentang hala tuju dan matlamat aku setelah tewas pemilihan JPP tempoh hari. Adakah aku mampu untuk teruskan perjuangan ini dengan platform lain, atau adakah aku perlu menurut kata-kata mereka yang aku anggap “rapat” dengan aku supaya aku tinggalkan lapangan kepimpinan ini dan kembali ke matlamat asal aku iaitu untuk belajar.

Jujur ku akui, pada mulanya aku lelah dengan segala yang terjadi. Dulu, aku hanya fikirkan tentang MPP.. dan tak pernah aku fikir hala tuju aku sekiranya sesuatu yang aku inginkan tidak tertunai. Dan kini, aku bagaikan di persimpangan dilema. Di luah mati bapak, ditelan mati emak.

Tadi, MPP fakulti aku yang mana merupakan pesaing aku sebelum ini bertanya tentang sejauh mana kesediaan aku untuk kembali masuk berkhidmat dalam SMF. Bila aku dengar SMF, secara langsung aku terbayang betapa aku dimalukan, diperbodohkan dan ditentang habis-habisan oleh majoriti ahli yang lain semasa tempoh berkempen dulu. Terus fikiranku bercelaru, antara sedar atau tidak, “bersediakah aku untuk kembali ke situ?”

Telah aku katakan, telah aku jawab soalan yang berupa permintaan itu tadi dengan jawapan yang bagi sesetengah orang klise. “Jujur.. Aku dah x larat dengan SMF. Aku perlu tumpukan perhatian pada pelajaran kerana aku kini dah di semester akhir. Tinggal 2 semester je lagi utk aku tamatkan pengajian. Aku perlu naikkan pointer, aku perlu kembali ke zaman aku masa diploma dulu di mana aku tergolong dalam 5 pelajar terbaik DBS”

Kini, setelah aku memohon petunjuk dariNya… aku mendapat petunjuk kepulangan ku untuk ke situ. Aku nekad, untuk aku kembali ke situ perlukan kerelaan daripada semua pihak yang terlibat. Untuk aku rela menyambung semula komitmen aku dalam SMF, aku perlukan jawatan yang bukan EXCO. Maknanya, aku mahu lebih dari itu. Biarlah orang kata aku gila pangkat, gila kuasa dan sebagainya. Tetapi, memandangkan aku bekas SMF dan bekas calon MPP, aku rasakan aku cukup layak untuk memegang jawatan no. 1 dalam SMF.. atau sekurang-kurangnya sebagai MT. Itu tekad aku. Itu nazar aku. Jika aku diberikan jawatan itu, baru aku akan kembali semula menghidupkan SMF.. Tapi, jika aku dinafikan jawatan itu… korang semua pun tahu apa matlamat aku yang kedua kan?…

“aku bukan meminta-minta, aku bukan gila kuasa.. tapi untuk aku kembali semula ke dalam SMF, setelah aku dimalukan.. bukan tugas yang mudah. Umpama mendaki puncak tertinggi di dunia, begitu jugalah aku merasa bebal untuk kembali ke situ.. Namun, andai hajat aku dipenuhi… aku akan kembali ke SMF sebagai seorang Presiden!”

Ya Allah.. Ku Pohon KetentuanMu..

aku gelisah.. semakin parah.

if dibiarkan terus benda ni.. rasa macam ia akan mengganggu gugat konsentrasi aku, daya tumpuan aku malah niat aku untuk study setelah melepaskan semua kepentingan dalam SMF, Sekretariat NR UiTM Shah Alam dan MPP..

aku mula sukakan dia sejak program di Terengganu dulu.. nama yang hampir sama… tapi berlainan makna. aku sukakan dia dari gaya pembawaan diri dia, tutur katanya dan cara dia menyapa setiap sahabat. yang paling penting, yang buatkan aku suka tentang dia.. dia seorang yg “happy go lucky” dan suka berkongsi.

“yg x diundang dtg bertandang, namun yg dinanti tetap di hati” :)

aku dah mula x keruan bila tgk status ni kat social network dia.. ape yg dia maksudkan?.. sape yg bertandang?.. (is it me??) dan siapa yang dinanti.. tiba2 cemburu bersarang di hati ni sedangkan aku dan dia dah declare.. “kami adik beradik”. kalu diikutkan pun, memang wajar utk aku panggil dia adik sebab dia muda setahun lebih dari aku..

tapi.. bukan ke cinta itu buta dan xkenal siapa?.. susulan, beberapa orang yang rapat dgn kami dah mula sebarkan gossip2 yg cuba utk uji sejauh mana kebenaran hbgn ni. hrp2.. mereka mendoakan yg terbaik.

yang aku harapkan sekarang ni.. agar aku dapat diberi ketenangan. aku mencari damai abadi.. dan aku mahu, perhubungan kami ni xputus… harap sgt dia mengerti…. sejauh mana hubungan kami selepas ni, terserah pada Yang Maha Esa.. mungkin ada kebenaran di sebalik kata-katanya tempoh hari : ‘kita akan berjumpa, selepas 20 tahun’

Ya Allah.. Ku pohon ketentuanMu.. berikanlah aku kekuatan…